Sunday, December 4, 2011

syukur saya ada kamu semua.....

 











terima kasih untuk semua...kamu semua ada peranan yang penting dalam perjalanan hidup saya dari percakapan,nasihat,perjalanan yang dilalui....terima kasih semua...

sahabat-sahabat yang lain juga...terima kasih.....:)...

ps...:)...dari lensa nikon d3100 aka "my mom heart"

Tuesday, October 18, 2011

Muhammad Faris Ikhwan...Milik kamu...

Permulaan namamu

Muhammad permulaan nama kamu,
indah untuk permulaan kehidupan kamu,
sentiasa agung untuk aku pertahankan kamu,
sentiasa indah untuk aku banggakan kamu,
indah pada pandagan tuhanku.
sudah cukup sempurna bagiku
cantik pada ucapanku...
harap kamu juga menyukainya...

Kesabaran untuk aku menyebut namamu...
belum lagi tercapai...
terasa indah untuk aku luahkan kepada kamu..
walaupun sudah lama ianya berasa dalam hatiku..
masih indah bagiku untuk menyebutnya...
juga untuk diberikan kepada kamu...

Indah bagiku untuk mencorakan kamu...
walaupun belum pasti kamu miliku...
permulaan kehidupan kamu masih belum bermula...
begitu juga adakah kamu akan dapat mendengar aku memanggil kamu..
dengan nama kamu.....
semoga tuhan mendengar...doaku...
semoga diberikan kebenaran untuk aku memanggil kamu dengan nama itu..

Indah bagi tuhan..indahlah untuku...cukup sempurnya kamu..syukurku..
semoga kamu akan datang dalam kehidupanku...
doaku untuk tuhan...jika kamu yang terbaik untuku....
semoga aku diberi kesempatan menyebut namamu...
selepas membesarkan tuhanmu... juga tuhanku...
menyampaikan syukurku kepada tuhanmu..
andai waktu itu tuhan mu makbulkan untukku memanggilmu..
dengan namamu yang terindah dalam hidupku...
Muhammad Faris Ikhwan....

amin........
Hamzani Dahaman : Indah bagi tuhan..indahlah untuk ku...cukup sempurnya kamu..syukurku..

terima kasih untuk mama kamu :)

Wednesday, August 31, 2011

perjalanan dalam kehidupan...

kehidupan yang dilalui oleh setiap manusia adalah berbeza pada pandagan aku...sentiasa ada jalan yang berbeza walaupun pada hakikatnya jalan itu akan menemui pengakhiran ditempat yang sama untuk diadili..
kehidupan yang sentiasa meminta aku untuk memikirkan keadaan masa hadapan...sentiasa bertanya...dimanakah tempat yang terbaik untuk menilai kehidupan aku ini sebagai sempurna..dengan garisan garisan usia yang sentiasa mengejar tampa berhenti walaupun untuk sedetik....

keindahan kehidupan dunia yang sentiasa dicari oleh setiap manusia...begitu juga aku..sentiasa mengharapkan akan rezeki yang lebih baik dari masa kini...keinginan untuk memiliki..mengasihi..memberikan...dan melihat diri ini berada pada keadaan yang membolehkan aku bernafas dengan udara yang tenang dari kotak pemikiran yang penuh dengan keinginan yang sukar untuk dimiliki sekarang...
tawakal dan usaha...bagaikan jodoh yang belum lagi datang tiba...dimanakah tempat yang membolehkan hati ini merasakan inilah permulaan kehidupan yang terbaik untuk diri ini..masih lagi berdoa...sentiasa berusaha...walaupun pada masa sekarang keadaan tidak lagi membenarkan hati ini untuk mengatakan inilah tempat permulaan kehidupan yang terbaik untuk diri ini.....

masih menanti dan memohon kepadaNya...tolong permudahkan rezeki dan urusan- urusan ku sebaik mungkin...jangan tinggalkan aku walaupun sesaat....

Thursday, July 14, 2011

Yellow smile..

malam yang ada untuk senyum..kadang-kadang sehingga lewat malam
sesautu yang sudah menjadi kebiasaan untuk menunggu yellow smile setiap malam...
sentiasa ada untuk menemani keadaan dengan senyuman....
agak jenaka jika dikatakan...ianya penuh dengan tanda tanya...
mungkin juga penuh dengan kejutan...
tetapi ianya penuh dengan senyuman..lawak jenak..gelak tawa..
malam yang sunyi tampa yellow smile...

Malam ini juga masih dengan Yellow smile...
hey pink lady...I always late to see you smile...
:-( .....

Thursday, June 23, 2011

permohonan kemaafan dari hati

lumrah manusia sentiasa ada perasaan ego yang tersendiri...
adakah egonya itu mampu membuatkan dirinya sentiasa gembira
adakah egonya itu mampu memberikan keindahan pada dirinya...
pastinya dalam hati setiap manusia ada perasaan itu...
ingin mempertahankan ego yang diciptakan oleh jiwanya sendiri...
mungkin juga dalam kehidupan ini...ianya menyatakan egonyalah..
yang sentiasa mempertahan dirinya dari mengalah...

mungkin betul keegoan mesti ada dalam hati semua orang...
dan kebenarannya ternyata,,
keegoan untuk memiliki sesautu..seseorang...hatinya....
keegoan untuk mencipta kehidupan yang sempurna pada mata hati kita
keegoan untuk berjaya dalam kehidupan..
memberikan generasi yang bakal kita tinggalkan
kehidupan masa depan yang sempurna...

bagaimana dengan aku..keegoan yang bagaimana yang ada dalam hati aku
pasti keegoan untuk memiliki kehidupan yang sempurna
dalam pandagan mata hati aku...
pasti keegoan untuk berusaha memiliki hatinya
dengan penuh usaha dan doa yang berterusan....
keegoan untuk memajukan diri
agar kita dilihat sebagai seorang yang mampu
memberikan harapan pada keluarga dan dirinya...
pasti itu ego yang akan aku pertahankan...

ada juga keegoan yang perlu dilepaskan...
memohon kemaafan untuk kesilapan...
memohon kemaafan untuk apa yang kita rasakan betul
tetapi jika difikirkan selepas perbincangan denganya
membuka kesilapan kita yang tidak pernah diperlihatkan andai terus dengan keegoan...
memberikan masa untuk kita lebih rapat denganya...andai kemaafan dipohon
daripada terus mempertahankan keegoan ini.....

pasti keegoan perlu ada dalam hati...
tetapi tidak semua mampu membuakan hati kita lebih terbuka..
dari berkata...maafkan kesilapan saya...
permohonan yang dipohon dari hati..
agar hatinya akan memberikan senyuman dari bibirnya....

ps.....

Saturday, June 11, 2011

terima kasih senyuman kamu itu


terbangun pada awal pagi untuk menulis blog....

pernah terfikir adakah apa yang terjadi akan ada sambunganya ..
andai sesautu itu telah terputus..mungkin akan berlaku..
tetapi adakah ianya pasti berlaku
kita sendiri pasti tidak tahu apa yang akan terjadi
mengambil pendekatan "biarkan ianya berlalu" mungkin mudah
tetapi adakan kita akan biarkan ianya berlalu seperti itu sahaja 
ada keadaan memerlukan kita biarkannya berlalu
walaupun pada hakikatnya akan melukakan hati...
mungkin untuk selama-lamanya....
tapi perkara itu tidak akan berlaku..
andai kata kita berupaya memadamkan memori itu sepenuhnya....hapuskan....
seperti kejam...tetapi itulah penawar untuk hati...
tetapi hati jika seperti batu...adakah ianya akan utuh dengan prinsip itu....
hati seperti batu juga memerlukan tanah..air..tekanan.. untuk membentuknya...
memerlukan masa yang panjang untuk menjadi batu yang utuh...
jangan berangapan hati batu itu tidah tersentuh...
mungkin pada masa lampau ianya pernah tersentuh...
mungkin dengan kelukaan..kebencian yang berpanjangan....
mengizinkan hatinya menjadi seperti batu...membiarkan apa saja berlalu....

tetapi akan ada sautu keadaan menyebabkan kita 
berfikir untuk berkata.......................

terfikir untuk mengucapkan terima kasih untuk senyuman kamu....
sesautu yang sungguh indah untuk dinyatakan dari celahan hati....
tetapi jika diucapkan dengan penuh keiklasan..pasti menyeronokan
menyenangkan hati ini...
bukan sesautu yang senang untuk melalui kehidupan
dengan perasaan yang sentiasa memikirkan keadaan hati ...
tetapi kadangkala..
dengan ucapan terima kasih untuk senyuman kamu...
pasti memberikan masa untuk kita menikmatinya...

terima kasih untuk semua yang melihat saya dari sudut yang berbeza...
memberikan pengalaman hidup yang amat bermakna..
memberikan kesabaran untuk mengawal amarah...
memberikan senyuman untuk menerima semula....
memberikan ucapan selamat untuk meninggalkan...
memberikan tempat untuk bergembira...
memberikan harapan dan kepercayaan...
terima kasih untuk senyuman kamu semua....


ps: tajuk yang menarik tetapi sukar untuk dicari makna....terima kasih Sara :)






Sunday, May 29, 2011

Semoga kamu mencorakan kebahagianan yang indah


 Pasti indah memandang kamu..sentiasa membuatkan hati semuanya tenang melihat kamu walaupun tampa perlu kamu bersuara manja..sungguh indah melihat kebahagianya...sentiasa indah dari pandagan mata..hati ibu bapa kamu...comel pada pandagan semua yang memandang kamu..semoga kamu mencorakan kebahagian yang indah dari hari pertama kamu berada disini..~amim~











Friday, May 13, 2011

keratan kosmo.......menarik untuk dikongsi~kekuatan gambar kepada dunia~

DUNIA

Gambar semut api berdiri sebelah kaki



ROBERTUS AGUNG SUDIATMOKO merakamkan gambar seekor semut berdiri dengan satu kaki di Cibinong, Indonesia pada September lalu.




CIBINONG - Seorang jurugambar Indonesia, Robertus Agung Sudiatmoko merakamkan gambar seekor semut api berdiri dengan hanya menggunakan satu kakinya, lapor sebuah akhbar semalam.
Robertus, 29, merakamkan aksi yang jarang dilihat itu dengan menggunakan sebuah kamera Canon 40D apabila dia melihat sekawan semut api melintas berhampirannya di sebuah kampung di sini, Jawa Barat.
Banyak gambar menarik serangga itu yang dapat dirakamkan tetapi imej paling menakjubkan adalah aksi seekor semut tersebut yang berdiri dengan menggunakan satu kaki belakang selama 30 saat seperti ia sedang menari pada September lalu. - Agensi

Bidikan lensa Jodi Bieber






DESIRAN angin di padang pasir wilayah Oruzgan telah menenggelamkan lolongan Bibi Aisha. Semahu-mahunya wanita kelahiran Afghanistan yang bertubuh kecil itu meraung dan meronta-ronta meminta belas kasihan.
Lelaki yang juga sang suaminya seolah-olah tidak mampu lagi mengawal amarahnya. Isterinya terus diheret meskipun dia menyedari burqa yang menyaluti tubuh isterinya telah koyak-rabak.
Wanita yang berusia 18 tahun ketika itu tertanya-tanya ke mana hilangnya keimanan suaminya? Bibi Aisha sedar, cinta antara mereka tidak pernah bercambah. Namun, atas dasar kemanusiaan, dia mahu dirinya dibebaskan.
Bagi keluarga mertuanya yang berbangsa Pashtun, perbuatan Bibi Aisha atau biasa dengan panggilan Aisha melarikan diri dari rumah suaminya dianggap memalukan. Sebagai mematuhi prinsip kaum, tindak-tanduk Aisha itu perlu dihukum.
Tiba di satu sudut, bapa mertuanya telah mengacukan senjata api di kepala Aisha. Aisha pada ketika itu dalam ketakutan dan tanpa sebarang isyarat, hidungnya dihiris dan kedua-dua belah cuping telinganya dipotong.
Sebagaimana derasnya darah yang memancut daripada organ-organ yang dilukakan, begitu juga dengan kesakitan yang alaminya. Hembusan nafas Aisha tersekat-sekat. Namun, bibir mungilnya tidak henti-henti daripada menitipkan doa. Lamunan Aishah ketika itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah kematian. Kemudian, dia rebah serta-merta.
Sudah tertulis di Luh Mahfuz, takdir seorang manusia di tangan Tuhan. Dengan keajaiban-Nya, wanita yang sudah hilang pesonanya terjaga keseorangan di sebuah kawasan pergunungan.
Tangannya terketar-ketar menyentuh hidungnya yang telah rompong. Pendengarannya juga tidak jelas. Apabila detik-detik ngeri itu kembali menerawang di benaknya, Aisha tidak menangisi takdir hidupnya, bahkan dia bersujud syukur kerana masih bernyawa.
Ujar wanita itu kepada wartawan CNN “Bila mereka potong hidung dan telinga saya, saya pengsan serta- merta dan apabila terjaga pada waktu tengah malam, saya berasa ada air sejuk dalam hidung saya.
“Saya cuba membuka mata tapi penglihatan saya kelam kerana darah memenuhi mata.”
Wanita itu mengerah seluruh tenaga yang ada dengan merangkak berdikit-dikit. Dia berdoa agar dapat tiba ke kediaman datuknya walaupun termometer alam pada malam itu begitu dingin.
Diselamatkan


TERHARU. Bieber meraikan kemenangannya bersama Putera Constantijn (kiri) di Amsterdam baru-baru ini.



Sesungguhnya, Aisha berasa takjub apabila Allah menemukannya dengan individu yang baik hati. Sekumpulan petugas kontraktor sebuah firma Amerika Syarikat (AS) ternampak kelibatnya. Dia diberi rawatan selama lapan bulan dan kemudiannya diberi perlindungan secara rahsia di sebuah lokasi di Kabul.
Sejurus selepas itu, sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Grossman Burn Foundation telah menaja pembedahan rekonstruktif hidung Aisha. Dia jua diberi kaunseling bagi menyahkan trauma yang menguasai Aisha.
Kehilangan kedua-dua belah telinga dan hidung mancungnya, tidak bermakna Aisha hilang kata-kata. Dia bercerita mengapa dia diperlakukan sekejam rupa.
Pada usia 12 tahun, dia dan adiknya telah diserahkan oleh keluarga kepada pejuang Taliban untuk melunaskan hutang-hutang keluarga. Justeru, Aisha tidak pernah berkesempatan untuk ke sekolah. Dia seorang buta huruf.
Aishah kemudiannya berkahwin. Sejak itu, nasibnya lebih malang. Tidak cukup diseksa dan didera, adakalanya dia dipaksa tidur di kandang ternakan. Akhirnya, Aisha mengambil keputusan melarikan diri daripada cengkaman suaminya yang berhati binatang.
Kini, Aisha berusia 20 tahun. Bersama jutaan orang lain menaiki tren di kota New York, dia yang memakai jean biru dan berjaket dengan yakin melemparkan senyuman.
Aisha kini hidup semula dengan seraut wajah yang memukau. Dia mengenakan hidung palsu atau hidung prostetik. Namun, bagaimanakah seorang Muslim berasal dari Afghanistan meraih perhatian luar biasa daripada masyarakat AS?
Jurufoto jadi penyelamat
Ketika dibawa ke kem pelarian di Kabul oleh penyelamat, Aisha telah ditemukan dengan seorang jurufoto kelahiran Afrika Selatan, Jodi Bieber, 44.
Bidikan lensa Bieber yang merakam wajah dramatik wanita Afghanistan itu yang kehilangan hidung dan telinga, sesungguhnya telah memberi impak besar kepada kehidupan Aisha.
Gambar itu telah menjadi muka depan majalah Time pada Ogos tahun lalu dengan tajuk, Apa Yang Akan Berlaku Apabila Kita Tinggalkan Afghanistan. Foto itu telah mencetuskan satu fenomena luar biasa dan menghidupkan pelbagai emosi.


PAPARAN potret Aisha di majalah Time telah memberi tamparan hebat kepada kerajaan Afghanistan.


Apakah reaksi Bieber ketika pertama kali bertemu dengan wanita berwajah pelik itu? Dia hanya diberi tiga jam untuk meyakinkan Aisha yang masih murung itu bahawa rakaman foto itu bukan satu eksploitasi.
Katanya kepada Sunday Times : “Saya bersama seorang penterjemah dan pekerja sosial memasuki sebuah bilik kecil, cuma ada kusyen, sehelai permaidani dan sebuah kipas.
“Saya tak tahu bagaimana nak jelaskannya (perasaan), saya juga tidak tahu gambar yang macam mana dapat saya rakamkan. Jadi saya letakkan kamera dan berbual dengannya.
“Kemudian saya kata, betapa jelitanya dia dan ingin cuba merakam kecantikan dalamannya serta kekuatan dirinya.”
Tambah Bieber yang pernah bekerja di majalah New York Times, dia bukan saja mengambil gambar wanita itu, dia merakam dan menterjemahkan jiwa lara Aisha pada sekeping gambar.
Pertemuan dengan wanita Muslim itu merupakan satu pengalaman hebat baginya.
Ujarnya dengan penuh emosi : “Saya banyak belajar dan saya tidak menerima satu dua respons. Ada yang menyelar tindakan saya kerana mengambil gambarnya.
“Tapi ingin saya katakan bahawa pada saat mereka semua sedang bersenang-lenang, Aisha tidak ada hidung dan telinga. Adakah saya hendak biarkan dia menangis sekali lagi tanpa hidung? Sekurang-kurang saya telah berbuat sesuatu untuk Aisha.” Sesungguhnya, tiada harga bagi sebuah keikhlasan. Populariti foto Aisha bukan saja menaruh simpati dunia untuk membantunya tetapi pada masa sama, telah mendatangkan tuah kepada Bieber.
Potret Aisha telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Foto Terbaik Dunia (WPP) 2010 di Amsterdam baru-baru ini. Bieber berjaya menewaskan 108,059 keping gambar yang dihantar oleh 5,846 jurugambar dari 125 buah negara.
Diselubungi kontroversi


WAJAH BAHARU. Aisha dengan hidung palsu dan memilih untuk menetap di New York.



Dalam reaksi spontannya ketika diumumkan sebagai pemenang, Bieber menjerit sambil berkata “Apa? Kamu bergurau, adakah kamu serius, saya tidak percaya, saya rasa berjuta tahun sekali pun juri tak akan memilih gambar ini.”
Sentuhan wanita yang gemar mengembara itu akan dipamerkan di lebih 100 buah bandar di 45 buah negara dan dicetak dalam buku yang diterjemahkan ke dalam enam bahasa.
Bagaimanapun, kemenangan Bieber diselubungi dengan pelbagai kontroversi sehingga timbul fenomena yang dinamakan Sensasi Bieber dalam laman web terkemuka.
Kerajaan Afghanistan berkata, kemenangan yang membawa populariti kepada gambar itu tidak lain tidak bukan hanya satu propaganda AS. Mereka juga marah apabila gambar itu telah menjadi simbol global kepada keganasan Taliban terhadap kaum Hawa.
Sementara agensi berita Xinhua melaporkan, gambar yang dirakam menerusi teknik klasik memang mengagumkan, tetapi kehilangan hidung Aishah telah menjadikan gambar itu sesuatu yang mengejutkan dan mengerikan.
Bieber juga dikritik kerana dianggap mahu memanipulasi insan lemah. Rakaman tekniknya yang dianggap tersasar daripada tradisi stail kewartawanan foto turut menjadi perdebatan.
Meredakan spekulasi yang hebat bertebaran, pengasas anugerah itu David Burnett berkata, tiada unsur politik semasa juri memilih foto itu.
“Pada peringkat awal, foto Bieber bukanlah menjadi pilihan utama, tetapi apabila diperhalusi, terdapat tarikan luar biasa dan kekuatan pada foto ini,” katanya.
Ketika dirinya dihentam, Bieber tidak melenting. Sebaliknya, wanita itu dengan tenang berkata: “Saya hanya mahu menunjukkan kepada dunia bahawa dia seorang wanita kental. Jika saya biarkan Aisha, deritanya akan berlarutan.”



Tuesday, May 10, 2011

cerita tentang kesabaran dan usia




kesabaran pasti akan kita perkatakan jika kita berada dalam keadaan yang memaksa diri kita  untuk memujuk diri sendiri...itulah yang sentiasa berlaku pada semua manusia ini...ia bagaikan cerita tentang diri yang perlu sentiasa kita semaikan dalam hati kita...bersabarlah...


bersabar dalam kehidupan..melalui perjalanan yang memerlukan kita sentiasa bersabar...ianya bagaikan satu kekuatan yang amat diperlukan oleh setiap manusia....kekuatan kesabaran yang sentiasa disokong oleh tawakal...berharap akan sesuatu perkara akan berlaku
disertakan dengan doa dan permohonan kepadaNYA...
menanti dengan penuh harapan agar apa yang dipohon itu bakal ditunaikan
tapi bagaimana kesabaran itu kita semaikan dalam hati kita..
pasti usia tidah pernah bersabar untuk mengambil masa kita didunia ini
usia yang akan sentiasa menambahkan garisan pada wajah kita...
pada masa yang sama sering menjadikan kita lebih berusaha...



berusaha untuk memiliki sesuatu dengan sedaya upaya kita...memilikinya..agar pada satu hari nanti....
usia itu akan kita biarkan mengambil masa kita di dunia ini....
tampa kita merasakan kerugianya....
kekuatan yang perlu dimiliki oleh setiap manusia.....


pada masa yang sama aku sendiri harus memilih jalan untuk dimiliki..
berdoa untuk mendapatkan sesautu dengan sedaya upaya aku...
tapi pada masa ini tidak akan membiarkan usia mengambil masa aku
yang sentiasa akan berkurangan sedetik...demi detik...
dan..adakah akan tiba masanya aku akan membiarkan usia
mengambil masa aku nanti.....


apa yang pasti...............tidak untuk masa sekarang
jalan yang dipilih tidak semestinya sentiasa ceria....
jangan sampai nanti perasaan menyesali akan sesuatu itu akan terjadi
berdoa agar semuanya akan berjalan dengan sebaik mungkin...
amin..........................

ALLAH s.w.t.......................................................................
memohon permudahkan segala urusan aku didunia dan akhirat
amin...

Friday, May 6, 2011

my first wedding in may

perkara yang menarik untuk bulan mei ini...
kerja fotography pertama aku untuk bulan mei...
seronok juga untuk ambil gambar sepupu aku sorang ni...
tapi ada gak perasaan gemuruh...
takut ..................

apa-apa pun berterima kasih kepada syikin dan fitri...
selamat pengantin baru untuk kamu berdua....
semoga bahagia hingga ke akhirnya...amin....








Sunday, April 17, 2011

~and for the day~

~Apa yang ada dalam pemikiran aku hari ini~

Setiap hari semuanya jika dilalui tampa kita persoalkan kembali pada penghujung harinya pasti kita merasakan semua hari-hari yang berlalu adalah sama sahaja....

susunan jadual kita yang sentiasa sama....tiada yang berubah dari awal pagi hinggalah pada penghujung harinya...
pada pandagan kita sentiasa sama...menjemukan....penat....bilalah nak balik...itu sahaja yang terlintas dalam hati semua orang....

tapi jika kita sentiasa meneliti keadaan hari demi hari pasti kita dapat memahami bahawa setiap yang berlaku pada hari ini pasti kan ada sambungan ceritanya pada hari-hari berikutnya...



setiap hari pasti ada sahaja  cerita yang berlaku...cerita yang suka...sedih...membosankan...derita...bahagia...semuanya...

banyak cerita minggu ini yang menceriakan...sahabat yang tidak bertegur sapa sudah kembali mesra....seronok melihat semuanya sudah pulih seperti sediakala....suasana sudah kembali seperti biasa...aku bersyukur untuk itu...

tapi ada juga yang masih tidak berubah...mungkin tidak akan berubah...
jalan yang ada hanya perlu menunggu dan berdoa...mungkin mereka...atau  mungkin dia...
pasti akan berubah nanti...yang pasti aku juga perlu memahami keadaan ..mereka...atau mungkin dia.....


~foto hari ini~





Publish Post

Wednesday, April 13, 2011

ya ALLAH tolonglah aku.....

Apa kamu keluarkan hamzani...kadang-kadang mungkin menguris hati seseorang...tapi kadang kala kamu sendiri tidak sedar...mungkin lumrah manusia kadang-kadang kita akan membuatkan sesuatu perbualan yang bermula dengan senyuman darinya akan berakhir dengan ketegangan yang tiada penyudahnya...ada yang dia fikirkan kamu sendiri tidak akan tahu hamzani...mahu memohon maaf..pasti boleh dibuat dengan mudah...tapi adakah dia akan memahami apa yang kamu cuba terangkan...jangan sampi hati kamu dibaluti hati hitam bagai jerami dibakar...sentiasa melihat yang kamu inginkan...

keinginan adalah satu kemestian untuk seorang
bersabarlah...kalau yang pasti milik kamu....akan ada sautu hari nanti...
jika sebaliknya...usahalah dengan sedaya upaya yang mungkin...
sebab dalam sesuatu keadaan hikmah akan datang dari sudut yang kita sendiri tidak sangka...
kekuasaNYA..dia pasti mengetauhi apa yang terbaik....
yang pasti ada tangan yang sentiasa ada untuk melihat kamu gembira hamzani.....

lumrah percakapan kamu hamzani kadang kala menekan...mungkin juga..maafkan saya...
tegas dalam mendapatkan sesuatu..kepastian.. dia...yang pasti....ya....
tapi pastikah kamu hamzani bagaimana keadaan dia...mungkin dia akan merasakan satu bebanan jika kamu sentiasa bertegas...maaf ya...

yang pasti kamu tidak mahu persahabatan terjejas...selepas apa yang berlaku....
tapi adakah kamu akan dapat menerima keadaan yang berlaku sekarang...adalah dengan memohon kemaafan....
tapi adakah dia boleh menerimanya...berdoalah hamzani....

kadang kala langkah kamu tidah seperti yang kamu hajati....pasti akan ada yang berubah...sentiasa berubah..
apa yang kamu boleh lakukan berdoa...sentiasa memohon pertolongan dariNYA...


Yang pasti adakah kamu bersedia menerima sesuatu yang akan berlaku....
memohon pertolongan dariNYA.......semestinya....



YA ALLH TOLONGLAH AKU
AKU MEMOHON RAHMAT MU
AKU MEMINTA PETUNJUK MU
ATURKAN AKU DENGAN URUSAN YANG BAIK-BAIK
PERMUDAHKAN AKU DENGAN SELANCAR-LANCARNYA
MAAFKAN AKU JIKA MELUPAKAN MU
YANG PASTI AKU INGIN MEMOHOM RAHMAT MU
JANGANLAH KAU BIARKAN AKU SENDIRIAN
WALAUPUN UNTUK SEDETIK...
JANGAN KAMU TINGGALKAN AKU SENDIRIAN...
AKU MEMINTA DARIMU..
JANGAN TINGGALKAN AKU..YA ALLAH..
SEHINGGA HARI ENGKAU MENJEMPUT AKU UNTUK PULANG........
AKU MEMOHON.........TOLONGLAH....JANGAN...
JANGAN TINGGALKAN AKU WALAUPUN SEDETIK.....










Saturday, April 2, 2011

Thailand....my band

Thailand......
kali pertama menjejakan kaki ke bumi thailand....
perjalan bermula pada petang ahad 15 mar 2011
memasuki thailand dari pintu sempadan Padang Besar/Thailand

gambaran pertama yang dilihat, keadaan jalan raya yang dikongsi dengan aliran kabel elektrik yang begitu berserabut..sebelum berhenti di sebuah pekan untuk membeli barang....diamati pada harga barangan mentahnya...mahal...harga sepekek minyak masak sama dengan 4 ringgit malaysia..patutla...banyak penyeludupan berlaku...stesyen minyak yang legang..tidak seperti Malaysia yang sentiasa sibuk dengan orang ramai...

dapat dilihat banyak barangan mentah atau kawalan yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia..mempuyai harga yang tinggi di Thailand...antara sebab saya bersyukur menjadi rakyat malaysia....amin....semoga Allah sentiasa merahmati Malaysia.: )

singah untuk membeli belah di pekan yang bersempadan dengan pintu masuk Bukit Kayu Hitam/Thailand...




jumpa juga hadiah untuk anak saudaraku sorang ni (nur farahin) walaupun hari lahirnya lambat lagi..hu..hu..

member of the trip: zack nahar,normela,aniza man,nur farahim,saya(ht)


 tentang saya:saya takut gajah dan tikus...hu..hu....







makan petang:daging bakar....yang menarik tentang kedai ini..kami duduk bersila atas lorong-lorong kedai...untuk menjamu selera..

Friday, April 1, 2011

perjalanan yang menarik.....~cerita tentang gambar~

Perjalanan yang menarik untuk dikongsi bersama kawan-kawan sekalian.....
mungkin jika saya tidak melalui perjalanan ini saya tidak akan berkesempatan untuk melihat pemandagan ini...
perjalanan yang mengambil masa hampir tiga jam.....



berkesempatan untuk merakamkan gambaran semasa perjalanan..

perjalanan yang bermula pada pukul 5 petang melalui jalan Kok Klang ke Kampung Cikgu Ali....menyusuri denai-denai yang diteduhi oleh ladang getah di antara kiri dan kanannya...




meneruskan perjalanan dari denai-denai ladang getah melalui jalan besar menuju susur keluar ke pekan pauh yang mengambil masa hampir 30 minit....sempat berhenti seketika untuk melihat pemandagan senja yang masih muda....sebelum kayuhan terhenti untuk merakam gambaran yang lebih jelas akan sesuatu....pemandagan yang terbaik untuk hari ini....
                                                               








gambar yang mempunyai penceritaan yang amat jelas....
tentang keringat seseorang untuk mengerakan semangatnya, mencari rezeki...keinginan seseorang untuk mengerjakan sesuatu untuk kepuasan diri dan keluarganya...





 
keindahan pandagan dari sudut yang   berbeza...pergerakan awan..pancaran cahaya matahari yang hampir tebenam..dan antara kayu yang membuatkan pantulan cahaya dari air menjadi lebih menarik...





berehat seketika untuk melihat suasana senja yang menarik...
seronok untuk melalui perjalanan ini...
perjalan berakhir pada pukul 8.30 malam....

lokasi :chuping,kampung cikgu ali,padang siding,pauh,kok klang